Thursday, March 17, 2022

KAEDAH MELETAKKAN SKOR

 

Skala skor bagi stiap item dalam instrumen hendaklah diisi dengan telus berdasarkan kepada pelaksanaan/situasi item berkaitan.

Wednesday, March 16, 2022

MAKLUMAT AM


1. Semua Politeknik dan Kolej Komuniti wajib melaksanakan Penilaian Kendiri PK&K menggunakan Instrumen yang disediakan oleh JPPKK

2. Timabalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA) / Timbalan Pengarah Pengurusan (TPP) / Timbalan Pengarah (TP) adalah pegawai yang menyelaras pelaksanaan Penilaian Kendiri PK&K di institusi.

3. Institusi perlu melaksanakan Penilaian Kendiri PK&K mengikut fasa berikut :

    Fasa 1 (1-31 Mac 2022)

  •     Kesedaran (Awareness)
  •     Meneliti instrumen PK&K yang disediakan oleh JPPKK

    Fasa 2 (1 - 15 April 2022 )

  •     Melaksanakan Penilaian Kendiri PK&K
  •     Memuat naik instrumen PK&K yang lengkap beserta skor sebelum berakhir fasa 2

    Fasa 3 (15 April - 30 September 2022)

  • Melaksanakan Pemantauan
  • Institusi yang akan dipantau akan dimaklumkan oleh penyelaras sebelum lawatan pemantauan dilaksanakan
  • Proses pemantauan akan dilaksanakan secara bersemuka atau secara dalam talian bergantung kepada kesesuaian.

KLINIK PK&K

 


RINGKASAN

 

Pemantauan Kesepunyaan dan Keserakanan (PK&K) merupakan usaha untuk membantu institusi ke arah pemantapan pengurusan melalui penambahbaikan berterusan dari aspek kualiti penyampaian, produktiviti dan kecekapan serta mematuhi peraturan dan arahan yang sedang berkuatkuasa.

Ia selari dengan Fokus Strategik Kelima iaitu Mempersada Kecemerlangan Institusi, Lonjakan 6 : Pemantapan Tadbir Urus di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) serta Teras 2, Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti (PSPKK).

Tindakan-tindakan pembetulan dan pencegahan akan dibuat bagi mengelakkan kesalahan yang sama berulang di mana-mana Politeknik dan Kolej Komuniti.

Pemantauan ini akan dinilai melalui dua (2) kaedah utama iaitu :

  • Penilaian Kendiri yang wajib dilaksanakan oleh semua Politeknik dan Kolej Komuniti.
  • Pemantauan Institusi Terpilih dilaksanakan secara bersemuka oleh Pegawai Pemantau dari JPPKK bagi pelaksanaan pemantauan dan pengesahan Laporan Kendiri di institusi yang terpipih sahaja.


1. Skop Tadbir Urus Institusi

2. Skop Pemantauan ICT

3. Skop Pembelajaran Sepanjang Hayat (Politeknik)

4. Skop Pembelajaran Sepanjang Hayat (Kolej Komuniti)

5. Skop Kolaborasi dan Kebolehpasaran

6. Skop Pengurusan Pengambilan dan Pembangunan Pelajar

7. Skop Pengurusan Kewangan


KAEDAH MELETAKKAN SKOR

  Skala skor bagi stiap item dalam instrumen hendaklah diisi dengan telus berdasarkan kepada pelaksanaan/situasi item berkaitan.